Monday, August 9, 2010

akhirnya

Ptg semalam dengan secara rasminya aku telah menjadi alumni UKM.. Aku berkonvo semalam. Memang sangat teruja sebab akhirnya aku berjaya memakai topi dan jubah graduasi menandakan telah tamat pengajianku selama 3 tahun di UKM. Bergelar sebagai siswaza ijazah muda sains sosial dan kemanusiaan (geografi) dengan kepujian adalah satu kebanggaan kepada semua terutama rakan2 seperjuangan sekelas. Banyak kenangan pahit manis ditempuh sepanjang pengajian aku di sana bersama rakan sejawat. Terasa bagai menerima kehilangan yang sangat besar apabila terpaksa berpisah dengan sahabat2 di UKM dahulu untuk meneruskan perjuangan masing-masing di dunia pekerjaan. Harap kepada semua rakan2 geografi FSSK sesi 2007-2010 sentiasa sukses pada masa akan datang dan tak lupa pada rakan-rakan teater ku (Kelab Teater Rimba, UKM) yang banyak membimbing dan mengajarku. Pelbagai pengalaman dapat aku kutip dan pelajari daripada penglibatan aku dalam dunia teater ini. Walaupun banyak lagi yang perlu aku belajar untuk menjadi seorang pengiat teater yang profesional, pengalaman yang ku perolehi banyak mengajarku.

Kini, sudah tiba masanya aku mengorak langkah sendiri mencari pekerjaan tetap setimpal dengan ijazahku. Tapi, bak kata orang, ada rezeki adalah. Memang terasa payah mencari kerja sekarang ini. Tapi, mahu tak mahu aku terpaksa. Itulah tujuan utama aku mengambil ijazah untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Kepada rakan2 sekalian, selamat maju jaya dan jumpa lagi di hari mendatang.



Monday, July 12, 2010

Lontaran Suara Hati

Ketika diri asyik memikirkan tentangnya

fikiranku sibuk mencari bait-bait puisi yang indah dan puitis

yang boleh menggambarkan perasaan aku tatkala ini

tapi, semua itu tak sama dengan apa yang aku rasa

tidak jujur dan tidak mampu menceritakan betapa bahagianya aku sekarang..


Masa yang singkat menemukan aku dengan seseorang

yang sangat bermakna dalam hidupku

kehadiran dia membuatkan hidupku kembali bersinar

setelah panas terik yang mengontangkan seluruh kebahagiaan aku.

Usia tidak menjadi penghalang

untuk sepasang hati adam dan hawa bersatu

dan kesempurnaan mutlak bukan lah menjadi soalnya

tetapi keserasian dan saling memahami

adalah benih yang kuat dalam sesuatu perhubungan suci.


Terima kasih kekasih hati

yang sudi mengetuk pintu hati ini

dan pinta untuk bertahta di hati ini


Terima kasih juga

kerana segala kelemahan dan kekurangan diri ini dapat kau terima

ku dapat rasakan betapa ikhlas dan sucinya niatmu melamar hatiku

tatkala mataku menjamah tenungan matamu

dan ia menceritakan segala-galanya.

Tuesday, June 29, 2010

Muhasabah diri

Adakah kita semua pasti siapa idola kita? Siapa ikon sebenar yang mempib hidup kita? Mari kita muhasabah diri. Adakah kita semua sedar, yang kita adalah umat yang paling bertuah, dan pada masa yang sama umat yang paling lalai di muka bumi ALLAH swt ini? Yang di maksudkan dengan umat yang paling bertuah di sisi ALLAH dan di mata nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w ialah kita adalah manusia yang sering diingati dan dirindui oleh nabi junjungan besar kita. Dan ini membawa kita kepada menjadi manusia yang sangat mulia di sisi NYA. Tapi adakah kita sedar akan semua itu. Kita alpa, lupa dengan pesan, sunnahnya dan syafaat yang baginda curahkan pada kita semua sampai hari kiamat. Kita lupa. Dan itulah yang dimaksudkan dengan umat yang rugi. Kita leka dengan permainan dunia, dengan yang dipanggil sementara ini. Tapi yang kekal kelak, kita semua lupa.

Sebelum baginda Rasulullah wafat, baginda bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang paling mulia di sisi ALLAH swt? Para sahabat menjawab para malaikat, para nabi dan para sahabat. Baginda mengiakan jawapan2 para sahabat tersebut. Tapi baginda menambah lagi, yang mulia di sisi ALLAH ialah mereka yang terus merindui baginda kerana baginda sendiri sebelum wafat amat merindu umat2nya yang hidup selepas baginda wafat. Betapa cintanya baginda kepada umatnya sehingga hari perhitungan kelak. Rahmat baginda sentiasa melimpah ruah,tidak terputus-purtus dan sentiasa ada ruang dan peluang untuk kita semua baiki diri. Mari kita semua bersama-sama membetulkan tanggapan kita bahawa sebenarnya baginda Nabi Muhammad s.a.w merupakan ikon atau idola sebenar bagi kita semua. Syafaat baginda yang akan mengiring kita semasa menghadap ALLAH swt di sana.

Tak salah kalau kita ambil masa sedikit untuk mendengar motivasi2 yang boleh sedikit sebanyak membetulkan diri kita dan kembali kepada Maha Pencipta. Saya sendiri banyak kelemahan dan kekurangan. Memang ada yang mengatakan manusia itu tidak sempurna, tidak lepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Tapi, bila kita mendengar motivasi seperti yang saya dapat di rancangan tv9 iaiatu Halaqah Sentuhan Kalbu pada malam ini yang bertajuk "siapa idola kita sebenarnya". Sekarang ni musim bola, so ramailah yang mengagug2kan pemain bola yang hebat, tak kurang juga artis2. Saya juga akui ada seperti begitu. Tapi, malam ini tergerak hati saya untuk menonton tv9. Semua telah tertulis di atas sana. Mungkin masa ini, DIA telah menentukan aku terus menontong rancangan Halaqah ini supaya saya boleh buka mata hati ini yang telah banyak tompok-tompok hitam mula mengaburi hati ini. Alhamdulillah saya dapat menulis entri begini dan dapat berkongsi kepada sesiapa yang akan membaca entri ini.

Dengarkanlah dan renungkanlah..



Memories

Bosannya dok umah. Sementara nak tunggu hari graduate, lama lagi. So, aku jadi penganggur terantantang kat umah ni. Mati kutu aku. So, masa boring-boring ni, laptop ni la kawan karib aku 24-7..Online je keje aku kan. Satu hari ni aku dengar 1 lagu. Tajuknya "Hatiku Selembar Daun". Ni lagu puisi. Kalu nak dengar, cari kat 4shared or sumber2 lain yang kalian tau ye?hehe.. Masa aku dengar lagu ni, terkenang aku masa aku giat cergas ngan kativiti teater kat universiti. Lagu ni mengingatkan aku masa aku dipanggil berlakon untuk exame sorang member aku ni. So, aku bawak watak ibu yang banyak main ngan emosi sedeh. So, aku jadikan lagu ni sebagai material untuk aku dapat feel sedeh tu (konon2 la kan..hehe). Aku sangat rindukan team teater aku, dan semua memori yang aku kumpul ngan dorang selama 3 tahun aku blaja kat sana. Tak kisah la apa orang cakap, ada yang larang aku aktif lagi, yelah dah tahun 3. Should be focus on study and paper projek. Tapi aku redah gak. Sebab ni pe'el aku dari sekolah dulu. Tak kirala nak trial ke, exame besar ke, aku tetap nak berkawat dok tengah2 panas kat padang tu, Siap kene maki2 lagi. Biasa la kan, nak perfect.

Inilah team kawat aku thn 2004 kot. Rindu la korang sume..Kat tengah tu coach poyo kami. En. Abdullah Saat a.k.a abg ceklah.hehe..

Tu cite masa kat skolah dulu. Muka kua kelas je ni. Sentiasa ilang kat kelas. Al maklumlah, org femes amous ceni, mmg slalu dipanggil. Tapi, bukan pasal wat salah ke ape eh..Aku dak baik kt skolah,ok..(sesekali angkut bakul sendiri, pe salah nye..hee..).So, habit aku aktif masa belajar dah biasa. Mula tak bajet aku boleh joint klab teater kat U dulu. Tapi, ble aku masuk kelas seni persembahan (kursus ko-ko), aku rasa terpanggil untuk joint klab teater. Dah seronok joint, melarat sampailah aku habis blaja kat sana.

Teater mengajar aku erti kehidupan. Aku belajar camne nak berorganisasi, camne nak handle team, camne nak buat keputusan dan macam2 lagi. Teater juga mengajar aku erti berkawan. Berkawan sangat penting. Tanpa kawan, i'm nothing. But in this case, pandai2lah cari kawan. And sometimes, tak semestinya kalau kte tengok luaran org tu cam x meyakinkan, muka cam pecah umah je, muke emo je tu kite tak boleh berkawan dengan dorang. Tu bagi aku satu tanggapan yang salah. Kadang2 orang yang macam nilah boleh dibuat kawan compared to others yang nampak baik je. Tapi kaki ngumpat kat belakang kan..Ha..Daripada teater nilah aku kenal ramai jenis orang yang macam2 pe'el. Yelah, kadang2 tu masa bekerjasama, ada yang tak puas hati ngan die, tak boleh nak nego.. Tapi bile fikir secara matang, tu semua akan ajar kite macam mana nak hadapi orang yang macam2 lagi bile time kerja nnti. Pengalaman adalah guru yang terbaik bagi diri kita bukan? Kalau nak cerita pasal kawan2 aku, tak tau berapa page aku nak cerita nnti..Senang cte, they are great 4 me. Thanx to them yang banyak mengajar, mendorong, memberi nasihat, cheer me up when i was down, tenangkan aku bila aku buntu, gelabah dan macam2 lagi la. I miss all of u alooottt..

Dengan teater jugaklah, aku dapat gi merata2 tempat. In stead of aku outstation untuk fieldwork, program teater pun menambahkan lagi pengalaman aku di tempat orang. Contohnya, aku dapat pergi Singapore dan Sabah. Tu tempat paling jauh aku pergi setakat ni. So, it's fun and pada masa yang sama kita belajar culture orang, kesenian yang berbeza, and yang paling penting dapat kenal ramai member2 baru dari universiti lain. huhu..Best kan?

So, for those yang minat seni ni, teruskan bergiat. Dengan seni, hidup kita tak kan bosan nye.. Cayalah. hehe..Ops, dah maghrib..next time ada bahan nak diceritakan, aku akan merepek g k...adiosa..

Saturday, June 26, 2010

anak dara

tadi aku tengok drama kat tv3 (lupe lak tajuk cite tu)..syarifah amani (isteri) ngan fahrin ahmad (suami)..gile sweet cite ni. sbb gandingan dua pelakon ni sweet n aku suke sgt..hehehe..lagi satu, drama ni TERKENA lak kat btg idong aku skali..huhu..taklah aku cakap aku dah kahwin. (single g kot).. cume yang same drama tadi ngan diri aku is sifat amani yang boyins tu mmg cam aku. tak tau masak, x tau kemas rumah (oo yg tu aku tau), n yg penting tidaklah beratitude spt seorang gadis. i mean, x ayu.. suka aktvt2 lasak. tapi skang masa bujang ni boleh la bergantung harap ngan mak (especially bab masak2 ni ).. cuba dah kawin nnti, aduhai..camno la nnti yo? apolah laki aku nak makan nnti..takanlah hari2 nak makan nasi kosong, telur mate kobau ngan kicap..mmg sedeh la kan..hehe..tapi nak wat camne, bab masak ni cam liat skit la..aku pn pelik kenape..hehe..mak aku cakap g, nak ikat suami kat umah dengan masakan si isteri..haa mmg betul pun..dah ado bukti2 kek dopan mato nia.."laki bini berantakan umah tanggo dorang..salah satu sebabnyo , si bininyo suko sgt beli lauk kek lua nu..aaa..ko nak ke macam tu kak?" tanya mak aku dengn penuh sinis.. uisshh..xnk aku centu. tapi kn, bile aku g dapur, aku blur..x tau nak buat pe. haish..camno ni mimi..
p/s: buat anak2 dara kat lua sane, kene pandai masak ye..hee..

monolog si hati kecil

aku benci begini!
air mataku terus mengalir atas kehendaknya,
penat!
dan aku makin penat,
pabila aku pura-pura tunjuk bahagia,
tapi sebenarnya tak!
aku tak kisah kalau aku boleh ceriakan
orang di sekeliling aku,
tapi, ada siapa yang faham isi hati ini?
keperitan ini?
tiada siapa yang faham aku kan?
tak menagapalah.
biarlah.
dan aku terus mengukir senyuman,
walaupun hakikatnya ia sangat perit untuk ku.

Friday, June 25, 2010

Masalah

Semua yang berlaku org kata ada hikmahnya. Tapi, kengkadang tu aku fikir, nape semua ini jadi kat aku yang aku rasa x tertanggung dek diri yang kerdil ini. Mak aku penah pesan, semua dugaan yang kita hadapi telah tertulis dan ianya diberi pada hambaNYA yang mampu sahaja. Adakah aku mampu utk hadapi semua ini sendiri. Tapi tulah, DIA telah anugerahkan kita sahabat-sahabat yang selalu berada di sisi kita ketika kita sedih dan ketawa. Dan juga sokongan daripada kedua ibu bapaku. Tanpa mereka, aku x tau cmne aku skrg ni..Mungkin dah gile kot. Manusia x pernah lari daripada masalah kan? (sigh~)

1st timmer

Akhirnya aku berjaya bukak accnt blog nie..hehehe...punya lama aku simpan hajat ni, nak bukak ke tak nak..ha, ni dia..baut pertama kalinya secara rasmi, aku telah bukak accnt blog aku sendiri..ngeh3...pasni stat la aku berceloteh lam blog aku ni.. ok mimi, enjoy ur own blog!!!(bagi semangat kt dr sndr x slh kn..huhuhu).. adios..