Monday, August 9, 2010

akhirnya

Ptg semalam dengan secara rasminya aku telah menjadi alumni UKM.. Aku berkonvo semalam. Memang sangat teruja sebab akhirnya aku berjaya memakai topi dan jubah graduasi menandakan telah tamat pengajianku selama 3 tahun di UKM. Bergelar sebagai siswaza ijazah muda sains sosial dan kemanusiaan (geografi) dengan kepujian adalah satu kebanggaan kepada semua terutama rakan2 seperjuangan sekelas. Banyak kenangan pahit manis ditempuh sepanjang pengajian aku di sana bersama rakan sejawat. Terasa bagai menerima kehilangan yang sangat besar apabila terpaksa berpisah dengan sahabat2 di UKM dahulu untuk meneruskan perjuangan masing-masing di dunia pekerjaan. Harap kepada semua rakan2 geografi FSSK sesi 2007-2010 sentiasa sukses pada masa akan datang dan tak lupa pada rakan-rakan teater ku (Kelab Teater Rimba, UKM) yang banyak membimbing dan mengajarku. Pelbagai pengalaman dapat aku kutip dan pelajari daripada penglibatan aku dalam dunia teater ini. Walaupun banyak lagi yang perlu aku belajar untuk menjadi seorang pengiat teater yang profesional, pengalaman yang ku perolehi banyak mengajarku.

Kini, sudah tiba masanya aku mengorak langkah sendiri mencari pekerjaan tetap setimpal dengan ijazahku. Tapi, bak kata orang, ada rezeki adalah. Memang terasa payah mencari kerja sekarang ini. Tapi, mahu tak mahu aku terpaksa. Itulah tujuan utama aku mengambil ijazah untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Kepada rakan2 sekalian, selamat maju jaya dan jumpa lagi di hari mendatang.



4 comments:

  1. eii...trase jelez lak tgok ownk pkai jubah konvo nie...rase cam x sabar je nk pkai jubah nie.....tahniah k.mimi...

    ReplyDelete
  2. taniah my dearest gogo bear~~
    dah besar dah mimi ye...!
    take care tau!
    dah kaya n feymes jangan lupe aku k!
    Larffff u!

    ReplyDelete
  3. sori uolzzz...br bkk blog ni..
    ayu: nnti turn kamu plak k...anyway, thnx...
    sylver: salam n thnx...
    Ms Lina: my dearessstttt friend!! long time no see n hear u...mane ko ha?huhu...aku xkan lupe nye kwn2 aku yg mmbesar ngn aku sama2..hehe...u 2 k dear..hope we can meet soon...rindu dow kt ko...luv u tooo....

    ReplyDelete