Tuesday, June 29, 2010

Memories

Bosannya dok umah. Sementara nak tunggu hari graduate, lama lagi. So, aku jadi penganggur terantantang kat umah ni. Mati kutu aku. So, masa boring-boring ni, laptop ni la kawan karib aku 24-7..Online je keje aku kan. Satu hari ni aku dengar 1 lagu. Tajuknya "Hatiku Selembar Daun". Ni lagu puisi. Kalu nak dengar, cari kat 4shared or sumber2 lain yang kalian tau ye?hehe.. Masa aku dengar lagu ni, terkenang aku masa aku giat cergas ngan kativiti teater kat universiti. Lagu ni mengingatkan aku masa aku dipanggil berlakon untuk exame sorang member aku ni. So, aku bawak watak ibu yang banyak main ngan emosi sedeh. So, aku jadikan lagu ni sebagai material untuk aku dapat feel sedeh tu (konon2 la kan..hehe). Aku sangat rindukan team teater aku, dan semua memori yang aku kumpul ngan dorang selama 3 tahun aku blaja kat sana. Tak kisah la apa orang cakap, ada yang larang aku aktif lagi, yelah dah tahun 3. Should be focus on study and paper projek. Tapi aku redah gak. Sebab ni pe'el aku dari sekolah dulu. Tak kirala nak trial ke, exame besar ke, aku tetap nak berkawat dok tengah2 panas kat padang tu, Siap kene maki2 lagi. Biasa la kan, nak perfect.

Inilah team kawat aku thn 2004 kot. Rindu la korang sume..Kat tengah tu coach poyo kami. En. Abdullah Saat a.k.a abg ceklah.hehe..

Tu cite masa kat skolah dulu. Muka kua kelas je ni. Sentiasa ilang kat kelas. Al maklumlah, org femes amous ceni, mmg slalu dipanggil. Tapi, bukan pasal wat salah ke ape eh..Aku dak baik kt skolah,ok..(sesekali angkut bakul sendiri, pe salah nye..hee..).So, habit aku aktif masa belajar dah biasa. Mula tak bajet aku boleh joint klab teater kat U dulu. Tapi, ble aku masuk kelas seni persembahan (kursus ko-ko), aku rasa terpanggil untuk joint klab teater. Dah seronok joint, melarat sampailah aku habis blaja kat sana.

Teater mengajar aku erti kehidupan. Aku belajar camne nak berorganisasi, camne nak handle team, camne nak buat keputusan dan macam2 lagi. Teater juga mengajar aku erti berkawan. Berkawan sangat penting. Tanpa kawan, i'm nothing. But in this case, pandai2lah cari kawan. And sometimes, tak semestinya kalau kte tengok luaran org tu cam x meyakinkan, muka cam pecah umah je, muke emo je tu kite tak boleh berkawan dengan dorang. Tu bagi aku satu tanggapan yang salah. Kadang2 orang yang macam nilah boleh dibuat kawan compared to others yang nampak baik je. Tapi kaki ngumpat kat belakang kan..Ha..Daripada teater nilah aku kenal ramai jenis orang yang macam2 pe'el. Yelah, kadang2 tu masa bekerjasama, ada yang tak puas hati ngan die, tak boleh nak nego.. Tapi bile fikir secara matang, tu semua akan ajar kite macam mana nak hadapi orang yang macam2 lagi bile time kerja nnti. Pengalaman adalah guru yang terbaik bagi diri kita bukan? Kalau nak cerita pasal kawan2 aku, tak tau berapa page aku nak cerita nnti..Senang cte, they are great 4 me. Thanx to them yang banyak mengajar, mendorong, memberi nasihat, cheer me up when i was down, tenangkan aku bila aku buntu, gelabah dan macam2 lagi la. I miss all of u alooottt..

Dengan teater jugaklah, aku dapat gi merata2 tempat. In stead of aku outstation untuk fieldwork, program teater pun menambahkan lagi pengalaman aku di tempat orang. Contohnya, aku dapat pergi Singapore dan Sabah. Tu tempat paling jauh aku pergi setakat ni. So, it's fun and pada masa yang sama kita belajar culture orang, kesenian yang berbeza, and yang paling penting dapat kenal ramai member2 baru dari universiti lain. huhu..Best kan?

So, for those yang minat seni ni, teruskan bergiat. Dengan seni, hidup kita tak kan bosan nye.. Cayalah. hehe..Ops, dah maghrib..next time ada bahan nak diceritakan, aku akan merepek g k...adiosa..

No comments:

Post a Comment