Sebelum baginda Rasulullah wafat, baginda bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang paling mulia di sisi ALLAH swt? Para sahabat menjawab para malaikat, para nabi dan para sahabat. Baginda mengiakan jawapan2 para sahabat tersebut. Tapi baginda menambah lagi, yang mulia di sisi ALLAH ialah mereka yang terus merindui baginda kerana baginda sendiri sebelum wafat amat merindu umat2nya yang hidup selepas baginda wafat. Betapa cintanya baginda kepada umatnya sehingga hari perhitungan kelak. Rahmat baginda sentiasa melimpah ruah,tidak terputus-purtus dan sentiasa ada ruang dan peluang untuk kita semua baiki diri. Mari kita semua bersama-sama membetulkan tanggapan kita bahawa sebenarnya baginda Nabi Muhammad s.a.w merupakan ikon atau idola sebenar bagi kita semua. Syafaat baginda yang akan mengiring kita semasa menghadap ALLAH swt di sana.
Tak salah kalau kita ambil masa sedikit untuk mendengar motivasi2 yang boleh sedikit sebanyak membetulkan diri kita dan kembali kepada Maha Pencipta. Saya sendiri banyak kelemahan dan kekurangan. Memang ada yang mengatakan manusia itu tidak sempurna, tidak lepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Tapi, bila kita mendengar motivasi seperti yang saya dapat di rancangan tv9 iaiatu Halaqah Sentuhan Kalbu pada malam ini yang bertajuk "siapa idola kita sebenarnya". Sekarang ni musim bola, so ramailah yang mengagug2kan pemain bola yang hebat, tak kurang juga artis2. Saya juga akui ada seperti begitu. Tapi, malam ini tergerak hati saya untuk menonton tv9. Semua telah tertulis di atas sana. Mungkin masa ini, DIA telah menentukan aku terus menontong rancangan Halaqah ini supaya saya boleh buka mata hati ini yang telah banyak tompok-tompok hitam mula mengaburi hati ini. Alhamdulillah saya dapat menulis entri begini dan dapat berkongsi kepada sesiapa yang akan membaca entri ini.
Dengarkanlah dan renungkanlah..